Tuesday 09th of February 2010
Volunteerteam.net
|
Written by pu3nicx
|
|
Thursday, 22 October 2009 15:28 |
|
Tawassul : Antara Sunnah Dan Bid'ah Apabila manusia dirundung pelbagai masalah dalam kehidupan dan seolah-olah tiada insan lain yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengharungi kedukaan tersebut, janganlah merasa gelisah kerana sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa berada bersama kita dan mendengar doa permohonan hamba-hamba-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Doa adalah ibadah. (Lalu baginda membaca ayat): Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [Hadis riwayat Imam al-Tirmdzi]

Menerusi hadis di atas dapat kita perhatikan bahawa doa itu termasuk dalam perkara ibadah. Justeru wajib doa itu dimohonkan ikhlas hanya kepada Allah S.W.T. dan tatacara doa itu hendaklah mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. Maka timbul pertanyaan bagaimanakah amalan tawassul yang diamalkan oleh segelintir manusia yang berdoa menerusi perantaraan zat atau kemuliaan Nabi s.a.w. ataupun orang-orang soleh yang telah meninggal dunia? Adakah tatacara ini bersesuaian dengan Sunnah Nabi s.a.w. seperti tanggapan sesetengah pihak?
Makna tawassul secara mudah adalah mengambil suatu perantaraan yang boleh menyampaikan seseorang kepada tujuannya. Oleh itu sesetengah pihak beranggapan, sesuatu doa itu akan lebih mudah untuk dimakbulkan sekiranya kita menjadikan Nabi s.a.w. atau mereka yang dianggap wali sebagai perantaraan dalam doa tersebut. Sebagai contoh di antara lafaz-lafaz doa tawassul tersebut adalah “Ya Allah, dengan hak Nabi-Mu atau dengan kemuliaan Nabi-Mu maka perkenankanlah doa ku…” atau “Ya Allah dengan kemuliaan wali-Mu Syaikh Abdul Qadir al-Jailani perkenankanlah doaku…”. Malah ada yang lebih melampaui batas sehingga membenarkan berdoa kepada Allah menerusi perantaraan kuburan-kuburan para Nabi-Nabi dan wali-wali.
Para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah membahagikan tawassul ini kepada dua jenis. Pertama, tawassul yang selari dengan syarak, iaitu bertawassul dengan wasilah (perantaraan) yang benar, wasilah yang berupaya untuk menghantar keinginannya (kepada Allah S.W.T). Kedua, tawassul yang tidak dibenarkan iaitu bertawassul kepada Allah S.W.T. dengan dengan sesuatu yang tidak ditetapkan sebagai wasilah oleh syarak.
|
|
Last Updated ( Thursday, 14 January 2010 04:40 )
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 3 |
Register Here!
VT Activities
<< Feb 2010 >>
| Mo | Tu | We | Th | Fr | Sa | Su |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
Please configure the JFusion component. No Integration Enabled.
Site Statistic
| Visits today: | 15 |
| Visits in this month: | 379 |
| Max.monthly visits: | 2260 |
| Date since: | 2009-03-16 |
Vt Users
We have 6 guests and no members
online.Please welcome!
Favourite Links
Saiful Islam
Zaharuddin.net
IIUM Bloggers
SRC Kuantan
I-Press
|
Notice: Undefined variable: list in /home/voluntee/public_html/templates/themza_j15_09/html/pagination.php on line 150
Notice: Undefined variable: html in /home/voluntee/public_html/templates/themza_j15_09/html/pagination.php on line 150
Notice: Undefined variable: list in /home/voluntee/public_html/templates/themza_j15_09/html/pagination.php on line 151
Powered by Volunteer Team IIUM Kuantan Official Website.
Notice: Undefined variable: list in /home/voluntee/public_html/templates/themza_j15_09/html/pagination.php on line 150
Notice: Undefined variable: html in /home/voluntee/public_html/templates/themza_j15_09/html/pagination.php on line 150
Notice: Undefined variable: list in /home/voluntee/public_html/templates/themza_j15_09/html/pagination.php on line 151
Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, ecommerce hosting. Valid XPu3nicx Design and 2009.